Khamis, 3 September 2009

Adab mencari ilmu

Islam amat menitikberatkan keperluan menuntut ilmu.Ini dapat dilihat seperti mana yang telah disabdakan oleh nabi S.A.W dalam hadis,mafhumnya “ menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim”. Kepentingan ilmu juga ada dinyatakan Rasulullah didalam hadisnya yang masyhur,mafhumnya “barangsiapa yang berkehendakkan dunia hendaklah dengan ilmu,barangsiapa yang hendakkan akhirat hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang berkehendakkan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu.”Allah S.W.T juga mengiktiraf dan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu dikalangan para hamba-Nya. Allah berfirman di dalam Al-quran :

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين اوتوالعلم درجات
Maksudnya, “Allah mengangkat orang yang beriman dikalangan kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat”

Jesteru,dalam jalan untuk menuntut ilmu ini umat Islam perlulah menunjukkan kesungguhan seperti mana generasi umat islam terdahulu yang cukup dikagumi kerana keilmuan mereka.Lihat saja kepada nama-nama seperti Ibn Sina , Al-Khawarizmi dan yang lainnya,teori serta penemuan mereka masih diguna pakai sehingga ke hari ini serta menjadi rujukan yang cukup penting bukan sahaja kepada umat Islam malah juga seluruh umat manusia.

Islam juga amat mementingkan adab-adab dalam menuntut ilmu.Adab-adab ini adalah penting untuk diikuti bagi mendapatkan keredhaan Allah serta keberkatan-Nya ke atas ilmu yang diperolehi. Sebagai panduan Imam Al-Ghazali r.a di dalam kitabnya Bidayatul Hidayah telah menggariskan beberapa adab yang perlu dipraktikkan oleh para penuntut ilmu terhadap gurunya. Antaranya :

1. Apabila berjumpa dengan gurunya hendaklah ia mendahulukan memberi salam.
2. Jangan membanyakkan percakapan di hadapan gurunya.
3. Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.
4. Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum meminta izin berbuat demikian
5. Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tak puas hati) terhadap perkataan gurunya.
6. Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.
7. Jangan ia berbisik dengan rakannya @ menoleh ke kiri dan ke kanan semasa gurunya sedang mengajar.
8. Jangan ia bertanya kepada gurunya sedangkan gurunya dalam keadaan letih
9. Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.


Antara adab dalam majlis ilmu pula ialah :

1. Berwudhu’
2. Duduk dalam keadaan seperti tahiyyat awal jika mampu (majlis di masjid @ surau)
3. Duduk rapat-rapat supaya syaitan tidak dapat mencelah. Para sahabat apabila berada dimajlis Rasulullah,mereka duduk rapat-rapat sehinggakan daun-daun yang berguguran tidak jatuh ke tanah bahkan jatuh diatas bahu dan riba mereka.
4. Jika terlewat menghadiri majlis ilmu di masjid,tidak perlu solat tahiyyatul masjid,cukup sekadar menggantikannya dengan berzikir 3 kali. Dan jangan mengganggu perjalanan majlis seperti bersalaman dengan para pendengar lain
5. Jika disebut tentang nikmat syurga hendaklah kita berasa gembira dan berdoa supaya ditempatkan bersama-sama penghuni syurga. Jika disebut tentang neraka pula hendaklah kita merasa takut dengan azab Allah yang amat berat itu dan menangislah mengenangkan dosa-dosa yang kita lakukan,kalau tidak boleh pun,cuba paksa.
6. Jika disebut nama Allah,maka sambutlah dengan Azzawajalla,jika disebut nama Rasulullah,maka berselawatlah ke atas baginda. Jika disebut nama para sahabat sambut dengan Radhiallah ‘anhum,dan jika disebut nama para ulama @ imam-imam yang muktabar sambutlah dengan Rahimahullah alaih.

Begitu lah serba sedikit adab-adab yang telah diajarkan oleh islam kepada penuntut-penuntut ilmu. Semoga ilmu yang kita peroleh itu mendapat keredhaan Allah serta keberkatan-Nya.

ad-din nasihah

AD-DIN AN-NASIHAH
Daripada Tamim bin ‘Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: mafhumnya:
“Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali).” Kami (sahabat-sahabat) bertanya, “Untuk siapa, wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda, “Untuk Allah ‘Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya, untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam seluruhnya.” (Hadith Riwayat Muslim)
Kepentingannya
Hadith ini mempunyai kedudukan yang amat tinggi sehingga Abu Daud telah menjelaskan dengan katanya, “Ilmu Fiqh bersekitar atas lima hadith, iaitu:
1. hadith: “Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas...”,
2. hadith: “Tiada kemudharatan dan tiada sesuatu yang boleh memudharatkan.”,
3. hadith: “Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat...”,
4. hadith: “Apa yang aku larangkan terhadap kamu daripada melakukannya maka jauhkanlah.”,
5. hadith: “Apa yang diperintahkan terhadap kamu melakukannya maka lakukannya sedaya upaya kamu.”.

Mengikut Imam al-Hafiz Abu Naim bin Abdullah bin al-Asbahi, seorang muhaddith dan sejarawan, menyatakan: “Bagi hadith ini suatu kedudukan yang begitu besar.” Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya: “Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”
Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.
Kalimah an-Nasihah
An-Nasihah dari segi bahasa membawa erti suci murni, manakala dari segi istilah pula diikatkan dengan dua keadaan: Pertama: bila dihubungkan dengan Allah SWT, maka ia bererti keikhlasan semata-mata. Kedua: bila dihubungkan sesama manusia, maka ia bererti kalimah yang membawa tujuan kebaikan kepada seseorang yang dimaksudkan oleh kalimah itu.
Para sahabah r.a. telah bertanyakan Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah. Kemudian baginda menjawab dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya (al-Quran), Rasul-Nya barisan kepimpinan ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam seluruhnya.”
Huraian Hadith
a. An-Nasihah Li Allah
An-Nasihah Li Allah membawa maksud keikhlasan yang yakin, bersungguh-sungguh dan semata-mata untuk Allah SWT dalam rangka menerima segala kewajipan yang ditentukan-Nya. Kewajipan-kewajipan itu hendaklah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya
hingga dapat merasai kelazatannya. Keikhlasan yang tinggi tidak akan tercapai jika segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan tidak dilakukan melalui proses tarbiyyah yang melahirkan kesungguhan, keyakinan dan ihsan.
Sifat ihsan itu tergambar apabila seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin dan bermuraqabah Allah SWT.
Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul dan mendalam. Juga beriltizam dengan pembentukan yang menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan sekaligus menunaikan segala perkara yang difardhu atau diwajibkan. Lebih tinggi daripada itu, melakukan amalan-amalan yang membawa taqarrub kepada Allah SWT iaitu amalan-amalan an-Nawafil (sunat).
Inilah jalan tarbiyyah dan pembentukan. Jalan untuk melahirkan al-Muslim al-Rabbani al-Multazim. Inilah jalan penting harakah Islamiyyah yang inginkan keredhaan Allah SWT.
Amalan ikhlas untuk Allah SWT semata-mata akan tercapai dalam bentuknya yang tertinggi apabila seseorang itu berjihad secara ‘azimah. Jihad seperti ini memerlukan kemampuan serta kerelaan hakiki, kesungguhan yang berterusan dan memusatkan segala kepentingan kepada Allah SWT semata-mata.
Para al-Hawariyyun (penyokong) Nabi Isa a.s. telah meminta penjelasan, “Apakah an-Nushu Lillah itu? “. Jawab Isa a.s, “Bahawa kamu utamakan hak Allah SWT daripada hak manusia. Dan sekiranya kamu berhadapan dengan dua keadaan yang jelas, satu untuk Allah SWT dan satu lagi untuk keperluan dunia, maka urusan Allah SWT itulah yang mesti disempurnakan terlebih dahulu.”
Kesimpulan an-Nasihah Li Allah itu ialah i’tiqad yang sejahtera dalam mentauhidkan Allah SWT. Serentak dengannya ialah mengabdikan diri secara syumul dan penuh jujur.
b. An-Nasihah Li Kitab Allah
An-Nasihah Li Kitab Allah bermaksud menerima Kitab Allah SWT dengan penuh keimanan dan menghayatinya mengikut proses pembentukan secara berperingkat-peringkat. Penghayatan itu mesti dipertahan, dikekalkan, seterusnya dikembangkan kepada manusia lain dengan jihad yang ikhlas.
Penerimaan Kitab Allah SWT mestilah dengan pembacaan yang betul, penelitian yang mendalam, pengamalan kewajipan yang diperintahkan dan penghindaran segala larangannya.
c. An-Nasihah Li Rasulillah
An-Nasihah Li Rasulillah membawa erti beriman dengan kukuh terhadap kebenaran kenabian Rasulullah SAW dan da’wahnya. Keimanan ini mencetuskan kepatuhan terhadap pembawaan dan sunnahnya. Keimanan ini juga mengambil Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah sama ada dalam bentuk percakapan mahupun amalan.
Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya: "Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”
Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW pada perkataan an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia dianggap jauhar (intisari) ad-Din.


Kalimah: an-Nasihah
An-Nasihah dari segi bahasa membawa erti suci murni, manakala dari segi istilah pula diikatkan dengan dua keadaan: Pertama: bila dihubungkan dengan Allah SWT, maka ia bererti keikhlasan semata-mata. Kedua: bila dihubungkan sesama manusia, maka ia bererti kalimah yang membawa tujuan kebaikan kepada seseorang yang dimaksudkan oleh kalimah itu.
Para sahabah r.a. telah bertanyakan Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah. Kemudian baginda menjawab dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya (al-Quran), Rasul-Nya barisan kepimpinan Ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam seluruhnya.”
Sifat ihsan itu tergambar apabila seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin dan bermuraqabah Allah SWT.
Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul dan mendalam. Juga beriltizam dengan pembentukan dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan sekaligus menunaikan segala perkara yang diperintahkan.
An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim
An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim membawa erti An-Nasihah untuk barisan kepimpinan umat Islam dan untuk siapa sahaja yang dipertanggungjawabkan sebagai pemimpin.
An-Nasihah kepada mereka juga memberi erti cinta dan kasih kepada mereka, memperingatkan mereka supaya sentiasa berada dalam tausih dan musyawarah dan membantu mereka dalam islah dan ketaatan terhadap perkara-perkara hak. Juga memperingatkan mereka daripada sebarang keadaan yang boleh menimbulkan fitnah dan kerosakan yang menggugurkan hak kepatuhan dan wala’.


d. An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin
An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin membawa maksud pembentukan umat Islam seluruhnya. Juga menunjukkan kepada umat Islam jalan kesejahteraan sebenar untuk dilalui dan kekal di atasnya. Di samping itu ia memberikan penjelasan dan peringatan akan jalan-jalan kerosakan agar mereka menghindarinya.
Pembentukan ukhuwwah tercapai dengan cara mengasihi mereka seperti mana kita mengasihi diri sendiri. Seterusnya membenci terhadap perkara-perkara yang boleh menyesatkan mereka.
Umat Islam adalah satu jamaah di bawah lindungan kesatuan ‘aqidah dan kesatuan matlamat. Daripada hakikat ini memancar syari’at Allah SWT dan akhlak al-Quran yang tunggal lagi qudus.